Rancangan Pengajaran Bagi Topik Sistem
Koordinat Cartesian
Topik :
Geometri koordinat
Subtopik :
Sistem Koordinat Cartesian
Masa
: 30 minit
Objektif
: 6.1- memahami tentang penggunaan konsep koordinat
Hasil pembelajaran :
Pada
akhir pembelajaran ini, pelajar dapat :
(i) Mengenal sistem koordinat Cartesian
terdiri daripada pasangan bertertib (a,b)
Pengetahuan sedia ada:
(i)
Pelajar mempunyai pendedahan dalam
garisan nombor dalam topik integer
Alat Bantu Mengajar
: Tayangan video, powerpoint slide, satah Cartesian gergasi, gambar lalat, kertas grid koordinat, sampul, lembaran kerja
Nilai Murni:
menghargai jasa, berani, bekerjasama
Kemahiran Berfikir:
membuat ramalan/andaian
LANGKAH/
MASA
|
HASIL
PEMBELAJARAN
|
AKTIVITI
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
|
CATATAN/NILAI/
ABM
|
|
GURU
|
MURID
|
|||
Set induksi
(5 min)
|
Murid
dapat mengenal sistem koordinat Cartesian terdiri daripada pasangan bertertib
(a,b)
|
1.
Guru
bertanya pendapat pelajar tentang situasi kelas.
2.
Guru
menayangkan video yang dihasilkan tentang sejarah koordinat Cartesian.
|
1.
Murid
menghujahkan pendapat mereka tentang situasi kelas.
2.
Murid
menyaksikan video yang ditayangkan.
|
Aktiviti
: Menonton tayangan video (kelas)
Nilai
: Menghargai jasa
ABM:Video,
gambar lalat
|
Langkah 1
(5 min)
|
Mengenal
sistem koordinat cartesian terdiri daripada pasangan bertertib (a,b)
|
1.
Guru menggunakan powerpoint yang bergambar
untuk menerangkan tentang konsep koordinat pada satah Cartesian.
2.
Guru
memilih murid secara rawak untuk melekatkan gambar lalat mengikut koordinat
pada satah yang disediakan.
|
1. Murid
mengenali dan memahami konsep sistem satah Cartesian yang ditunjukkan dalam
bentuk power point.
2. Murid
melekatkan gambar lalat mengikut koordinat yang dinyatakan pada satah.
|
Aktiviti
: Memahami contoh yang menerangkan
tentang paksi, asalan, koordinat titik-titik (kelas)
Nilai
: berani
ABM
: powerpoint slide, gambar lalat
|
Langkah 2
(5 minit)
|
Murid
dapat mengenal sistem koordinat Cartesian terdiri daripada pasangan bertertib
(a,b)
|
1.
Guru
memberi penerangan tentang aktiviti “The battleship”.
2.
Guru
mengedarkan kertas graf kepada setiap murid.
3.
Guru
memberi arahan untuk memainkan permainan tersebut.
|
1.
Murid
mendengar penerangan tentang aktiviti .
2.
Murid
memplotkan titik-titik koordinat mengikut arahan guru.
3.
Murid
memainkan permainan mengikut arahan guru.
4.
Murid
yang berjaya menghabiskan memotong kesemua plot akan memenangi
permainan.
|
Aktiviti
: memahami koordinat dan memplotkan titik koordinat.
ABM
: kertas grid koordinat.
Nilai
: Bekerjasama dan menghormati
Kemahiran
berfikir :
Mengaitkan,
menjana idea, kreatif, inovatif
|
Langkah 3
(3 minit)
|
Murid
dapat mengenal sistem koordinat Cartesian terdiri daripada pasangan bertertib
(a,b)
|
1.
Guru
memberi penerangan tentang aktiviti meneka gambar mengikut titik yang
dilabelkan dan disambungkan.
2.
Guru
memanggil wakil setiap kumpulan untuk memilih sampul yang mengandungi soalan
yang berbeza.
3.
Guru
memberi kertas grid koordinat kepada setiap kumpulan.
4.
Guru
memberi hadiah kepada kumpulan yang berjaya meneka gambar.
|
1.
Murid
mendengar penerangan tentang aktiviti meneka gambar.
2. Murid
memplotkan titik-titik koordinat yang diberikan.
3.
Murid
menyambungkan garisan antara titik-titik koordinat mengikut arahan yang
diberi.
4.
Murid
meneka gambar yang diperolehi.
|
Aktiviti
: memahami koordinat dan memplotkan titik koordinat.
ABM
: kertas grid koordinat, sampul yang mengandungi soalan yang berbeza.
Nilai
: Bekerjasama dan menghormati
Kemahiran
berfikir :
Mengaitkan,
menjana idea, kreatif, inovatif
|
Penutup
(2 minit)
|
Murid
dapat mengimbas kembali pengajaran bagi topik sistem koordinat cartesian.
|
1.
Guru
membuat rumusan tentang pengajaran bagi topik sistem koordinat Cartesian.
2.
Guru
memberi contoh soalan yang melibatkan konsep koordinat.
|
1.
Murid
mendengar rumusan tentang pengajaran bagi topik sistem koordinat Cartesian.
2.
Murid
menjawab soalan yang diberikan oleh guru
|
Aktiviti
: memahami konsep koordinat dan menjawab soalan yang diberikan.
ABM
: lembaran contoh soalan
Nilai
: menghormati
|
REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO
LANGKAH
|
REFLEKSI
|
||
Sebelum Pengajaran
|
Semasa Pengajaran
|
Selepas Pengajaran
|
|
Set induksi
|
1.
Guru membuat persiapan rapi sebelum
memulakan pengajaran.
2.
Guru menghias kelas dengan
gambar-gambar lalat yang mempunyai kaitan dengan cerita sejarah sistem
koordinat.
3. Guru
memaparkan video tentang sejarah Sistem koordinat.
4.
Video yang dipaparkan
membangkitkan perasaan ingin tahu pelajar.
|
1.
Suasana bilik darjah tenang dan
pelajar memberi tumpuan kepada video yang dipaparkan.
2.
Guru menasihati pelajar supaya
menjaga kebersihan kelas dengan mengaitkan watak lalat.
|
1.
Guru perlu membuat penambahbaikan
dari segi penggunaan istilah mengikut silibus.
|
Langkah 1
|
1.
Guru menggunakan powerpoint untuk
memberi penjelasan tentang sistem koordinat.
2.
Guru menyediakan satah Cartesian
gergasi
3.
Pelajar dapat memplotkan
koordinat pada satah Cartesian gergasi
|
1.
Suasana dalam bilik darjah tenang
dan pelajar menumpukan kepada penerangan guru tentang Sistem Koordinat
Cartesian.
2.
Pelajar memahami topik yang
diajar dan dapat melekatkan gambar lalat mengikut koordinat.
|
1.
Guru perlu memaksimumkan
pergerakan di dalam kelas untuk pemerhatian terhadap tingkahlaku pelajar.
|
Langkah 2
|
1.
Pelajar dapat memahami cara
bermain.
2.
Suasana bersesuaian dengan
aktiviti yang dijalankan.
3.
Pelajar dapat menyatakan
koordinat dengan betul untuk memainkan permainan itu.
|
1.
Pelajar mendengar arahan guru.
2.
Arahan guru tidak begitu jelas
dan tidak dapat diikuti pelajar.
3.
Permainan hanya dimulakan selepas
semua pelajar memahami cara bermain.
4.
Guru berjalan sekeliling kelas
untuk memastikan pelajar memainkan dengan betul.
|
1.
Arahan perlu jelas dan ringkas untuk
permainan.
2.
Permainan yang lebih mudah harus
disediakan sebagai pelan B.
|
Langkah 3
|
1.
Pelajar mendengar arahan dengan
baik
2.
Suasana dalam bilik darjah
terkawal
3.
Pelajar membuat aktiviti meneka
gambar
|
1.
Pelajar mendengar arahan guru
dengan baik
2.
Suasana dalam bilik darjah
sedikit bising iaitu semasa pelajar membuat aktiviti dalam kumpulan
3.
Pelajar berebut-rebut untuk
menjawab soalan
4.
Guru memeriksa hasil kerja
pelajar
|
1.
Guru perlu memberi arahan dengan
jelas
2.
Guru perlu mengawal keadaan dalam
bilik darjah
|
Penutup
|
1. Guru
membuat rumusan tentang topik Sistem Koordinat Cartesian
2.
Pelajar memberi tumpuan
|
3.
Semua pelajar memberi tumpuan dan
mendengar rumusan tentang topik Sistem Koordinat Cartesian
4.
Pelajar tidak membuat bising
|
1. Guru
perlu memberi penerangan dengan jelas tentang topik Sistem Koordinat
Cartesian
|
Gambar lalat
Satah Cartesian Gergasi
Folding Board
Tayangan video
No comments:
Post a Comment